4/2/10

Budgie aku

Budgie ni semua tengah musim mengawan, 2 female dah start keluar masuk nestbox
siapkan sarang. Semua dah makin jinak, asal nampak aku bawak roti basah bleh 
lepak makan kat tangan dah, dulu jangan harap la....
Nah usha sikit gambar.....



Lutino Cockatiel Baru Tame Punyer


Baru jer beli tadi dari putrajaya, yg sekor ni puas main sebab jinak sangat cuma sayang ekor 
dah rabak dan sayap dah kena klip tapi terlebih sudah klipnyer, sampai habis sebelah tu sampai 
ujung, tapi takpelah, pencinta haiwan la katakan.....yang dua ni plak jinak-jinak merpati, masih
kurang serasi kot tapi jinak la gak




Anak Kelahiran Puteri 1 Dan Jebat 1

Jumlah 6 ekor, 1 ekor mati dan 5 masih hidup.
Tarikh lahir pada 26/03/2010 pukul 8.30 malam
Terpaksa handfeed sebab ibu kekurangan susu, sehari sekali je ibu susukan
lepas tu tugas aku atau wife aku plak susukan, hehehe
ni ha usha skit.....buncit giler kekenyangan....


3/25/10

Projek Baru (puyuh dan incubator)

Ni update lagi kehidupan aku dalam dunia haiwan ku, hehehe.
Aku nak try biakkan puyuh, aku baru beli anak puyuh dalam
50 ekor + 3 ekor free,hehehe dan sebiji inkubator untuk menetaskan
telur dari bro Junaidi Nanding. Ni baru try 37 biji telur puyuh. Aku pon
tak reti ni, tanya-tanya sikit dan pandukan manual book aku pon try je la
37 biji ni, harap-2 tu menjadi la, kalau korang ader telur nak tetaskan,
meh aku tetaskan, hehehe
-----------------------------------------------------------------------------------------------------

3/24/10

Baby Cockatiel

Ni ha aku nak share baby cockatiel umur dalam 2 minggu yang aku baru beli.
Saje nak try handfeed supaya jadi supertame, senang nak main-2 ngan dia
dalam rumah. Seronok jugak la cuma penat nak kena suapkan 3-4 jam sekali.

3/7/10

Setting cage baru yg lebih kemas

Hai, nak update sikit hari ni. Setelah aku habiskan hampir RM200 kat hardware untuk
barang-2 yang aku nak susun cage rabbit dan sangkar yg lebih selesa untuk
cockatiel aku maka siaplah setakat ni. Dengan sikit kreativiti dan kesabaran, kejap
je bleh siap semua ni, bleh la usha-2. Harap-2 cockatiel aku suka la tempat baru tu, luas
sikit nak terbang-2. Tempat rabbit tu cadang nak buat bracket satu tingkat lagi tapi nantilah
minggu lain.....penat dah badan dan poket, hahahaha