Showing posts with label Rabbits. Show all posts
Showing posts with label Rabbits. Show all posts

5/14/10

Update Anak-Anak Puteri 2

Alhamdulillah......anak-anak puteri 2 semakin membesar dengan sihat

5/2/10

Puteri 2 Beranak

Hasil perkahwinan puteri 2 dan jebat 2, dapat 4 ekor anak pada 29/04/2010
tapi tinggal 2 je yang masih hidup. Mati tu sekor tak cukup sifat, memang keluar dah
mati dan yang sekor lagi tu cukup sifat tapi kecik giler....pun mati lepas 3 hari di lahir,
dia lemah sangat sampai nak menyoyot susu pun tak larat, nah usha la gambar ni

4/2/10

Anak Kelahiran Puteri 1 Dan Jebat 1

Jumlah 6 ekor, 1 ekor mati dan 5 masih hidup.
Tarikh lahir pada 26/03/2010 pukul 8.30 malam
Terpaksa handfeed sebab ibu kekurangan susu, sehari sekali je ibu susukan
lepas tu tugas aku atau wife aku plak susukan, hehehe
ni ha usha skit.....buncit giler kekenyangan....


2/26/10

Ni di antara induk induk yg ada, enjoy la usha-2 yer...
 
Jebat 1                                                 Jebat 2  
Jebat 3
======================================================================
Puteri 1                                              Puteri 2

Puteri 3                                           Puteri 4

2/9/10

Rabbit-Rabbit Aku

Aku saja jer nak postkan gambar-2 rabbit aku yang tak seberapa ni,
bak kata Tan Sri P.Ramlee, "lawa tiada, manis ada".....hehehehe
Untuk pengetehuan korang buat masa sekarang aku takde namakan rabbit-2 aku sebab 2 ekor
yang aku namakan sebelum ni dah selamat meninggalkan dunia yang fana ni, sedih wooooo.
Salah sekornyer ialah yang jadi model hay aku tu, sedih giler....Ushar la yang mana ader ni ekkkk

Ni Lop Ear aku yang kategorikan cun, ader lagi 3 ekor tapi sebeleh je lop nyer, hehehehe 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni pulak yang ramai-2 ni tgh sedap menghabiskan hay di malam hari, macam-2 baka ader
tapi semua mix. Cage ni aku buat sendiri jer hampir 9 kaki panjang dan 2.5 kaki lebar
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni pulak special skit, dok dalam umah sebab tgh mengandung dalam 2-3 minggu, harap-2 selamat la melahirkan anak-2 yang comel dan sihat....
 
Sekian dulu untuk kali ni, nanti rajin aku update ok...





1/24/10

Basic Diet For Rabbit

Info Ini Telah Di Ambil Dari arnabkiut.blogspot.com Atas Kebenaran Mr. Iceburn

Diet Asas Arnab
  • Air yang bersih.
  • Pallet yang segar dan baik.
  • Jerami (Hay).
  • Sayuran (pilihan/ sila rujuk di bawah)
  • Kudapan (pilihan/ sila rujuk di bawah)
Perhatian: Segala perubahan diet keatas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurangkan jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru selama tempoh untuk satu minggu.



Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan)
  • Dari lahir hingga 3 minggu - susu ibu.
  • Selepas 3 minggu - susu ibu, perkenalkan Jerami alfalfa dan pallet secara beransur-ansur(kandungan kalsium yang tinggi didalam Jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang)
  • Selepas 4 minggu - susu ibu, tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 8 minggu hingga 6 bulan - tiada had pemberian Jerami alfalfa dan pallet.
  • 12 minggu dan ke atas - perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberian dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis(menjadi lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yg berlainan jenis)

Remaja Arnab (6 bulan hingga 1 tahun)
  • Perkenalkan Jerami timothy atau Jerami yang lain (oat, 'brome', orchard, napier, decumbens, guetamala)
  • Kurangkan pemberian Jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada Jerami timothy. Jerami alfalfa mengandungi kandungan kalsium dan protin yang tinggi, tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa, kecuali arnab anda kurang berat badan, sedang sembuh dari pembedahan, bunting atau menyusukan anak)
  • Kurangkan pemberian pallet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml)
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Dewasa Matang. (1 tahun hingga 6 tahun)
  • Tiada had pemberian jerami.
  • 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg berat badan
  • Sayuran/Tumbuhan Hijau.(pilihan)
  • Kudapan.(pilihan)

Arnab Otai (selepas 6 tahun)
  • Teruskan diet arnab dewasa matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan.
  • Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku.
  • Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

Jerami (Hay)
  • Jerami adalah komponen penting didalam diet seseekor arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya 24/7.
  • Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfungsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus.
  • Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik.
  • Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab anda variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

Pallet
  • Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protin yang rendah(14%-16%), tinggi kandungan serat(min: 20%), lemat dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%.
  • Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biji benih/bijirin didalam kandungannya, ini membuatkan arnab anda montel. Kandungan lemak yang tinggi.

Sayuran dan Kudapan


Jika anda memilih untuk memasukkan sayuran didalam diet arnab anda, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab anda. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta-merta, cuba beri sayuran dari jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.

Perhatian: Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja. Jadi jangan terpengaruh dengan kartun untuk memberi seratus-peratus arnab anda lobak merah, takkan boleh tukar jadi bugs bunny punya la~

Buah-buahan adalah kudapan yang paling sihat. Kudapan haruslah diberi dalam jumlah yang kecil dan minima, tidak lebih dari 1-2 sudu teh/sehari (sepotong sekali seminggu). JANGAN beri kudapan yang terlalu tinggi protin, karbohidrat dan lemak seperti biskut, sirial(koko crunch, cornflake dll), roti dan gandum seperti cikedis dan pasta. Coklat amat berbahaya dan beracun kepada arnab.

Seperti diketahui, jerami alfalfa amat digemari oleh arnab, boleh diberi sebagai kudapan sekali-sekala untuk arnab-arnab otai dan tua... eheheheh
okie~ itu sahaja... bye~!